Friday, December 5, 2008

"SAWAN" DI KALANGAN BAYI





DEMAM SAWAN

Keadaan bayi yang mengalami sawan:

Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik .

Punca terjadinya sawan:

Punca sawan biasanya ialah demam panas .Kebanyakkan demam sawan yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda - tanda yang didapati termasuklah selsema , batuk dan kurang minat menyusu . Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi - bayi atau kanak - kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru - paru ( pneumonia ) .

Peringkat umur berlakunya sawan:

Peringkat umur bayi yang mudah dijangkiti demam sawan adalah antara 3 bulan hingga 3 tahun.Sawan yang berlaku dikalangan bayi - bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca - punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis .

Bagaimana Sawan terjadi:

Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak , dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium .

Bilangan sawan yang akan menjangkiti bayi:

Biasanya bayi - bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi - bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali - kali sehingga usianya tiga tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat - ubat yang boleh mencegah sawan .

Cara mengelak terjadinya sawan:

Minum air atau susu seberapa banyak yang boleh . Baju yang dipakai mestilah nipis . Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan . Ubat -ubatan untuk mengurangkan demam seperti panadol bolehlah diberi sementara mendapat penilaian dari doktor -doktor.

Bahaya sawan:

Penyakit ini boleh membawa maut dan bagi mereka yang dapat diselamatkan ada yang mengalami masalah -masalah perkembangan seperti kecacatan fizikal dan kecacatan akal .

Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja , jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu .

Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan ( temporal lobe epilepsy ) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan . Dalam keadaan ini kanak -kanak tidak sedarkan diri , menepuk -nepuk pipinya ,bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku .

Kesan sawan terhadap bayi:

Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak -kanak itu . Kanak -kanak yang mendapat demam sawan yang lama , iaitu lebih dari 30 minit , ketar -ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy .

Langkah -langkah yang perlu diambil apabila bayi demam sawan:

1. Ibu bapa perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit .

2. Mereka dinasihatkan untuk membaringkan bayi disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru -paru , lalu membawa kepada penyakit ' pneumonia ' . Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan . Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit bayi itu hendaklah dibawa keklinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor .

3. Adalah dinasihatkan supaya bayi -bayi dan kanak -kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpastikan dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan . Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal , mental dan kerosakan deria -deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut . anggapan -anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya di ambil ( lumbar puncture ) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor- doktor menjalankan proseder ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis . Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak -kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini .

Info tentang penyakit sawan:

Kanak -kanak yang mula mendapat penyakit demam sawan dibawah usia setahun selalu didapati mudah mendapat sawan berulang lagi kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang mendapat sawan pada pertama kalinya bila berusia lebih dari dua tahun .

Ubat jenis lain yang boleh digunakan ialah ' Diapezam ' ( Valium ) yang diberi dengan cara ' suppository ' iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak -kanak ini mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku . Kesan -kesan sampingan bagi ibu seperti phenobarbitone jika digunakan adalah sedikit Umpamanya , ia boleh menyebabkan kanak -kanak itu sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan ( hyperactivity ) atau kanak -kanak itu berasa mengantuk terutamanya jika ubat ini terlalu banyak dimakan.

Ada juga doktor -doktor yang menggunakan ubat sodium valproate sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari sehingga anak itu sudah berumur sekurang -kurangnya tiga tahun . Walaupun ubat ini berkesan adakalanya kanak -kanak itu boleh mendapat kesan sampingan yang melibatkan hati atau ' liver ' dan oleh kerana itu ramai pakar kanak -kanak lebih gemar menggunakan phenobarbitone kerana ia dianggap lebih selamat .


0 comments: