Thursday, December 4, 2008

KEBURUKKAN "PUTING KOSONG" UNTUK BAYI

Gigi bayi akan tumbuh dengan tidak sekata.......@ jongang.
Menurut beberapa kajian:

1- Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat
dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong
ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini
menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.

2-Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada
ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting
kosong.


Menurut pendapat para doktor:

Secara psikologinya, menghisap dengan botol susu berputing, mereka akan berhenti menghisap apabila susu di dalam botol telah pun habis. Tetapi menghisap puting kosong, mereka akan terus menyonyot kerana "susu" nya tak habis-habis...

Yang akan merugikan anak-anak ini ialah oleh kerana terlalu menghisap puting kosong ini, susunan gusi atas akan lari dan menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata. Pertumbuhan gigi ini ada yang terlalu ke depan yang kita istilahkan sebagai "jongang" atau "overbite".

Sekiranya anak anda mempunyai masalah lelangit terbelah (cleft palate), dengan menggunakan puting kosong ini akan menyebabkan jurang antara lelangit yang terbelah menjadi lebih luas dan menyukarkan proses pembedahan. Oleh itu adalah dinasihatkan, kepada anak yang mempunyai masalah cleft palate mesti menghindari penggunaan puting kosong (malah menyusu menggunakan puting pun tidak digalakkan) ini secara berdisiplin.

0 comments: