Wednesday, December 3, 2008

MEMAHAMI TANGISAN BAYI

BAYI 0-3 BULAN


"Saya lapar"

Bayi lapar akan menangis secara terhenti-henti,sambil membuat gerakan menghisap sesuatu dan tangisan semakin kuat jika terlalu lapar.

Tetapi jika sicomel masih menangis setelah diberikan susu, ada kemungkinan bayi anda mengalami kesukaran bernafas.Mungkin hidungnya tertutup dek sesuatu,CEPAT2 periksa sebelum terlambat......

Tindakan ibu:Terus menyusui bayi anda dan anda akan lihat bayi anda gembira kekenyangan.


"Saya bosan"

Bayi biasanya akan rasa bosan jika hanya didedahkan dengan aktiviti yang sama sepanjang masa,atau si comel inginkan sesuatu yang baru untuk didengari,dipelajari dan sbgnya.Biasanya tangisan seperti jeritan akan dibuat oleh sicomel anda,sbg tanda meminta perhatian.Mungkin begini maksudnya "MAMA SAYA MAUKAN SESUATU YANG LAIN saya bosan dengan mainan ini"!!!!!

Tindakan ibu:Segera hiburkan bayi anda seperti menyanyi,bermain atau berbicara.Bayi anda akan lebih terhibur dengan aktiviti sebegini.

"Saya Penat @ Letih"

Bayi anda PENAT ?? @ LETIH ??.Biler si comel mula mengosok2 mata nya dengan tangan dan seakan2 tidak selesa.Mungkin anda mendapat "hint", mama saya mahu tido!!


Tindakan ibu:Cuba la mendodoi bayi anda dengan cara yang disukainya,pasti dalam beberapa minit si comel akan terus terlelap.Ada bayi yang suka tido di dalam buaian.Cuba la cara yang terbaik mengikut teknik anda.

"Saya kesepian"


Bayi anda adakalnya inginkan perhatian anda,ada bayi yang akan terasa keseorangan jika selalu ditinggalkan.Si comel ini perlukan LEBIH perhatian anda.Biasanya tangisannya seakan2 sedang bersedih atau marah.Jangan tak tau adakalanya si comel boleh mengalirkan air mata.

Tindakan ibu:Berilah perhatian yang lebih dari biasa,agar si comel lebih tenang dan berada dlm keadaan selesa.


"Saya tidak selesa atau lampin saya basah"


Jika bayi anda menangis dengan tiba2 walaupun kekenyangan,dan bunyi tangisan semakin kuat.Inilah masanya untuk para ibu memeriksa lampin bayi anda.Mungkin lampin bayi basah atau bayi anda membuang "poo-poo".Apa lagi....segera la,sebelum siren bayi anda semakin kuat.....

Tapi jika sebaliknya berlaku, namun bayi anda masih menangis,para ibu segeralah memeriksa bayi anda mungkin si comel sedang menanggung kesakitan......Berhati2 jika ianya berlarutan mungkin memudaratkan bayi anda.

Tindakan ibu:Tukar lampir dengan segera untuk mengelakkan sebarang alahan pada kulit bayi anda, dan periksa keadaan bayi.



"Saya sakit"


Bayi yang sedang kesakitan akan menangis seakan2 menjerit,dan seperti teresak2.Biasanya bayi mungkin sedang sakit perut,kekejangan atau sebagainya.

Tindakan ibu:Periksa perut bayi samada kekembungan jika YA segera sapukan minyak bayi,namun jika sebaliknya periksala bahagian lain seperti leher, kaki atau tangan jika ketika anda memegangnya tangisan bayi semakin kuat bayi mungkin sedang sakit dibahagian tersebut.Jika gagal mengatasinya segeralah keklinik.





0 comments: